fbpx

Tiga lagi balai bomba baharu dibina di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY Wan Ismail (dua dari kiri) diiring Ismail Abd. Muttalib (kiri) menandatangani plak perasmian bangunan baharu Balai Bomba Sungai Koyan di Lipis hari ini.

LIPIS – Sebanyak tiga buah balai bomba baharu akan dibina di negeri ini melalui peruntukan dalam Bajet 2022 yang diumumkan semalam bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan balai bomba baharu itu telah diluluskan untuk dilaksanakan di Benta, Lipis; Chenor, Maran dan Gambang di Kuantan.

“Pembinaan balai bomba di kawasan berkenaan menjadi keperluan mendesak kerana jarak balai bomba yang ada adalah jauh, jadi kewujudan balai bomba di lokasi yang lebih dekat dapat membantu memberikan perkhidmatan yang lebih cepat.

“Pada masa ini juga terdapat tiga buah balai bomba sedang dalam proses pembinaan iaitu di Gohtong Jaya, Genting Highlands, Kuala Tahan, Jerantut dan Sungai Lembing, Kuantan,”katanya pada Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Koyan di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Abd Rahim Muda; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid dan Pengarah JBPM Pahang, Ir. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Menurut Wan Rosdy pada masa ini pihak berkenaan telah mengenalpasti tapak balai bomba baharu berkenaan yang akan dibina sebaik sahaja semua proses berkaitan siap.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI