fbpx

TFC tidak pandang rendah The Bos Gaurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI mengakui skuad Perak FC masih lawan yang sukar biarpun dibarisi pemain muda dalam pertembungan aksi Kumpulan B, Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENDAHULU Kumpulan B, Terengganu FC (TFC) tidak memandang mudah cabaran Perak FC menjelang kunjungan Skuad Penyu ke Ipoh pada aksi Piala Malaysia malam ini.

Ketua jurulatihnya, Mohd. Nafuzi Zain berkata, skuad The Bos Gaurus masih lawan yang sukar biarpun dibarisi pemain muda, namun rekod Liga Super yang lebih memihak kepada TFC.

Beliau berkata, Perak FC me­nunjukkan peningkatan dalam dua perlawanan peringkat kumpulan sekali gus menjanjikan pertembungan sengit setelah aksi Piala Malaysia berehat selama sebulan.

“Bukan mudah untuk bertemu Perak FC di ‘rumah’ mereka, tambahan pula dengan kembalinya pemain ke-12 iaitu penyokong. Jadi perlawanan lepas hanya sejarah bagi saya.

“Walaupun melepaskan empat pemain import baru-baru ini, Perak FC masih ada tiga tonggak yang boleh memberikan masalah kepada pemain kami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Nafuzi berkata, 20 minit pertama agak penting untuk TFC mendapatkan rentak selain memburu gol awal bagi menaikkan moral pasukan.

Tambah beliau, ketiadaan tiga pemain utama iaitu bek kanan, Azam Azmi Murad; pemain sayap, Hakimi Abdullah serta perancang tengah, Nik Akif Syahiran Nik Mat tidak menjejaskan skuad Sang Penyu.

“Barisan pemain lain kini bebas daripada senarai kecede­raan dan bersedia untuk diturun­kan mengisi posisi yang dikosongkan tiga tonggak skuad B-22 negara yang kini berjuang pada aksi Kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia.

“Ia termasuk tonggak Harimau Malaya, Faisal Abdul Halim yang kini berada pada prestasi terbaik­nya dan akan terus menjadi taruhan di bahagian sayap,” katanya.

Mohd. Nafuzi berkata, walaupun dua kemena­ngan awal belum menjamin kelebihan TFC tetapi kemenangan malam ini sudah akan mencerahkan peluang gergasi Pantai Timur ke suku akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI