fbpx

Salahkah saya cakap ikut undang-undang – Kon Yeow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mempersoalkan Menteri Besar Kedah,
Muhammad Sanusi Md. Nor sama ada kenyataan balas beliau berhubung tuntutan Kedah bagi mendapatkan royalti pajakan Pulau Pinang berjumlah RM100 juta setahun adalah salah di sisi undang-undang.

Kon Yeow berkata, ini kerana negara ini mempunyai peruntukan undang-undang dan apa yang beliau katakan sebelum ini adalah berdasarkan undang-undang.

“Saya kata Kerajaan Persekutuan tidak perlu bayar luar daripada apa-apa perjanjian.

“Sebab ini negara yang ada undang undang, apa salah kalau saya kata ikut undang undang sahaja,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Tun Abdu Razak (Komtar) di sini hari ini.

Rabu lalu, Muhammad Sanusi mendedahkan kerajaan negeri Kedah memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya royalti pajakan Pulau Pinang dinaikkan kepada RM100 juta.

Menurut Muhammad Sanusi, permohonan itu telah dinyatakan kepada Kementerian Kewangan supaya perkara tersebut dimasukkan ke dalam Bajet 2022 yang dibentangkan Kerajaan Persekutuan semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI