fbpx

MEDAC tubuh jawatankuasa pantau keberkesanan agihan peruntukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (dua dari kanan) melawat meja pameran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Karnival Usahawan dan Koperasi 2021 di Padang Astaka, Kuala Selangor, Selangor hari ini.

KUALA SELANGOR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa pemantau bagi meneliti pelaksanaan peruntukan bajet 2022 diterimanya dapat disalurkan secara efisyen kepada kumpulan sasaran.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau secara peribadi tidak mahu mendengar keluhan golongan rakyat ( usahawan, peniaga) yang tidak menerima peruntukan itu walaupun telah diumumkan semalam.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu juga selaras jawatankuasa pemantau ditubuhkan Kementerian Kewangan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Saya tidak mahu mendengar keluhan tidak mendapat bantuan dan perkara ini berlaku mereka boleh terus buat aduan kepada kementerian atau pejabat saya.

“Saya mahu jawatankuasa ditubuhkan kementerian ini memastikan peruntukan sampai kepada golontan disasarkan,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi 2021 di Padang Astaka, Tanjong Karang, di sini, hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI