fbpx

Berhenti cemuh ‘Karen’, dia tak sihat – Harith Iskander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH berharap wanita kulit putih yang membuat kecoh gara-gara enggan memakai 'mask' berada dalam keadaan baik.

PETALING JAYA – Pelawak Harith Iskander menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyalahkan seorang wanita berstatus pelancong asing yang didakwa enggan memakai pelitup muka ketika memasuki butik mewah di sebuah pusat beli-belah ibu kota baru-baru ini.

Harith atau nama lengkapnya, Harith Iskander Musa berkata, wanita itu mungkin tidak sihat dan sedang berperang dengan gejolak jiwa sendiri.

“Kita patut berhenti ‘demonizing’ (mengutuk) wanita (warga asing) yang menyebabkan kekecohan di luar butik Dior itu.

“Dia kelihatan ‘tidak sihat’ dan secara terangnya, sedang berdepan dengan demons (suara jahat) dirinya sendiri,” katanya menerusi satu ciapan dalam Twitter.

Sekadar berkongsi pendapat peribadi, Harith yang pernah dinobatkan sebagai Funniest Person In The World pada Disember 2016 berharap, wanita tersebut berada dalam keadaan selamat dan dilindungi.

“Saya percaya dia ada anak (keluarga) dan dengan itu, saya berharap mereka semua selamat dan dilindungi. Move on (teruskan hidup),” coretnya seraya menyelitkan tanda pagar #JustMyOpinion dalam ciapan yang dimuat naik.

Terdahulu, seorang wanita kulit putih yang digelar sebagai ‘Karen’ oleh warganet mengundang rasa marah orang ramai selepas dia dilihat cuba mencabar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.

Kononnya, hak dirinya sebagai pengguna dan pembeli untuk memasuki jenama butik terkemuka dinafikan kerana keengganannya memakai pelitup muka sedangkan di Malaysia, memakai ‘mask’ di tempat awam merupakan satu kemestian bagi membendung penularan Covid-19.

Tindakannya yang tular dalam media sosial mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Ciap Khairy menerusi Twitter: “Bila berada di Rome, ikut cara Roman. Bila di Malaysia, tolong ‘mask up’ tanpa mengira peraturan di tempat lain.”

Sekadar info, perkataan Karen merujuk slanga mencemuh seorang wanita kulit putih pertengahan umur menjengkelkan, pemarah dan rasis yang menggunakan keistimewaannya untuk mendapatkan apa diinginkan dan suka mengawasi tingkah laku orang lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI