fbpx

70 peratus orang muda beli rumah Residensi Pauh Permai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (tengah) menyaksikan penyerahan replika kunci oleh Jagdeep (kiri) kepada pembeli, S. Thigarani, 29, pada Majlis Penyerahan Kunci Residensi Pauh Permai di Permatang Pauh hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 70 peratus pembeli unit kediaman Residensi Pauh Permai, Permatang Pauh di sini terdiri daripada kalangan golongan muda yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun membabtikan 694 unit daripada keseluruhan 985 unit yang telah dibeli.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perkembangan positif itu menunjukkan projek perumahan yang dibangunkan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) kini berjaya menarik pembeli muda.

“Sehingga kini, PR1MA sebagai sebuah agensi telah dapat membangunkan sebanyak 61 buah projek di seluruh negara yang merangkumi kira-kira 49,000 unit kesemuanya.

“Untuk Pulau Pinang pula khususnya, Residensi Pauh Permai seluas 7.52 ekar (3.04 hektar) dengan 1,017 unit ini boleh dianggap sebagai anak sulung PR1MA di negeri ini dan insya-Allah akan ada lagi selepas ini,” ujar beliau kepada pemberita hari ini.

Residensi Pauh Permai yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang, taska, dewan serbaguna dan sebagainya itu secara keseluruhannya boleh dimiliki pada harga di antara RM250,000 hingga RM275,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI