fbpx

Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak 5 hingga 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Malaysia akan meneruskan pemerolehan bagi vaksin Pfizer untuk diberikan kepada kanak-kanak yang berusia lima hingga 12 tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan Twitter memaklumkan, selain Pfizer, kerajaan juga akan melihat kepada pilihan vaksin lain seperti Sinovac untuk pemberian kepada kumpulan tersebut.

“Sebanyak 82.4 peratus daripada golongan remaja sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala, 62 peratus pula telah menerima vaksin lengkap.

Ciapan Khairy Jamaluddin di Twitter hari ini.

“Justeru dengan syor Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) berhubung suntikan Pfizer kepada kanak-kanak usia lima hingga 12 tahun, Malaysia akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak.

“Kita juga akan melihat pilihan lain seperti Sinovac,” katanya ringkas di sini hari ini.

Terdahulu pada 26 Oktober lalu, jawatankuasa penasihat vaksin FDA mengesahkan vaksin Covid-19 Pfizer boleh digunakan untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI