fbpx

Bajet 2022: Tiada duti import, cukai jualan kenderaan EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV) menerusi Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia termasuklah pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus bagi kenderaan berkenaan.

“Di samping itu, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke
atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.

“Kerajaan melihat potensi kenderaan EV yang memiliki ciri -ciri ‘energy efficient vehicle’ sebagai usaha meminimum pencemaran asap kenderaan ke udara,” katanya di Dewan Rakyat tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI