fbpx

Bajet 2022: RM80 juta untuk perlindungan sosial suri rumah dan balu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM80 juta untuk perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu melalui Program Kasih Suri.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz Dewan Rakyat berkata, program itu bermatlamat untuk memberi perlindungan sosial kepada surirumah dan balu melalui caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso.

“Kerajaan juga mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam.

“Selain itu juga, RM5 juta peruntukan kepada Yayasan Kepimpinan Wanita bagi merancakkan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Dalam pada itu juga, Tengku Zafrul mengumumkan kerajaan bersetuju memperuntukkan RM13 juta
Khas untuk Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI