fbpx

Bajet 2022: Bantuan RM500 buat bapa, ibu tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAKIL NGO Prihatin Port Dickson, Mohd. Rizal Ishak (baju hijau tanpa cermin mata) menyampaikan sumbangan kepada seorang bapa tunggal Musraini Mustapar Kamar ketika mengadakan kunjungan ke rumahnya di Taman TKK, Bagan Pinang di sini. FOTO NOR SHAFAWATI YUP

PETALING JAYA- Bantuan tambahan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada golongan ibu dan bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000 sebulan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selain itu, bantuan tambahan sebanyak RM300 akan diberikan kepada isi rumah warga emas.

“Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum sebanyak RM2,500.

“Secara keseluruhan, BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion  iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR),” katanya di Dewan Rakyat tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI