fbpx

95 kes kematian akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN / RASUL AZLI SAMAD

PUTRAJAYA – Angka kematian masih menghampiri 100 dengan 95 kes dilaporkan, menjadikan jumlah terkini kematian Covid-19 sebanyak 28,769 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 24 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara sebanyak 5,827 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Sarawak (31), Johor (15), Sabah (11), Perak (9), Kelantan (6), Pahang (5), Pulau Pinang (4), Terengganu (4), Negeri Sembilan (3), Kuala Lumpur (3), Perlis (2), Kedah (1) dan Selangor (1) serta tiada kematian di Melaka, Labuan dan Putrajaya.

Dalam pada itu, sebanyak 71,358 kes aktif melibatkan 55,397 kes dikuarantin di rumah, 9,461 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 5,936 kes di hospital, 265 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 299 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 6,377 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,431 kes), Sarawak (676 kes), Sabah (579 kes), Johor (575 kes), Kelantan (527 kes), Pulau Pinang (384 kes), Kedah (362 kes), Pahang (343 kes), Perak (297 kes), Terengganu (293 kes), Kuala Lumpur (262 kes), Melaka (253 kes), Negeri Sembilan (249 kes), Perlis (83 kes), Putrajaya (31 kes) dan Labuan (12 kes). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI