fbpx

69 Komando perlu kuasai pelbagai kemahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anggota 69 Komando mempamerkan kemahiran menuruni tali pada penutup Kursus Asas Taktikal Despatcher di Kem Ulu Kinta, Ipoh hari ini.

IPOH – Penting bagi warga 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguasai pelbagai kemahiran bersifat teknikal dan taktikal bagi memperkasakan kebolehan sedia ada berikutan keperluan tugas sebagai sebuah unit tempur elit.

Ini termasuk mempelajari pengetahuan baharu dengan lain-lain pasukan atau agensi keselamatan untuk disesuaikan dengan penugasan mereka.

Timbalan Komander 69 Komando, Asisten Komisioner Hamzah Hashim berkata, pada masa sama ia juga mewujudkan jalinan kerjasama antara organisasi apabila dapat berkongsi kemahiran.

Menurut beliau, pengendalian tumpahan bahan kimia merbahaya dan menangani kebocoran radiasi (hazardous) misalnya adalah contoh kemahiran yang patut dipelajari.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah pihak yang paling mahir di negara ini dalam pengendalian operasi tersebut dengan fungsi sebagai pasukan penyelamat.

“Ini antara contoh kemahiran yang kita boleh belajar dan sesuaikan mengikut kehendak operasi 69 Komando,” ujarnya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan penutupan Kursus Asas Taktikal Despatcher Siri 1/2021 dan Kursus Penyelenggaraan Enjin Sangkut 1/2021 di Kompleks Para 69 Komando di Kem Ulu Kinta.

Jelas Hamzah lagi, selain berkongsi kemahiran, kerjasama dengan agensi lain mislanya JBPM dapat memantapkan lagi atur gerak penugasan atau latihan bersama bagi perkhidmatan masing-masing.

Dua kursus berkenaan yang berlangsung selama sebulan berjalan serentak melibatkan keseluruhan 44 pelatih terdiri daripada pegawai dan anggota 69 Komando termasuk lima daripada Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq.

Kursus turut dijalankan dengan kerjasama pihak Maktab Teknik PDRM Bakri dan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapi. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI