fbpx
Sijil SPHM palsu yang digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Jakim tidak pernah keluar SPHM bagi Wang Kripto, Bitcoin dan Forex

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pihaknya tidak pernah menawarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi mana-mana produk kewangan berasaskan Wang Kripto, Bitcoin dan Forex.

Jakim menerusi hantaran di Facebook Bahagian Hab Halal hari ini berkata, sijil halal yang dikeluarkan kepada syarikat berkenaan juga adalah palsu.

Menurutnya, pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai tipu helah dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kami menerima banyak pertanyaan di media sosial mengenai status SPHM terhadap produk kewangan iaitu Wang Kripto, Bitcoin dan Forex. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan penyalahgunaan SPHM, pengguna bolehlah mengemukakan aduan yang lengkap kepada JAKIM.

“Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal (http://www.smarthalal.com.my/faq.html),” katanya. – K! ONLINE

POPULAR