fbpx

14 kategori pemegang pas lawatan jangka panjang tak perlu MTP, MyEntry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) menyenaraikan 14 kategori pas lawatan jangka panjang bagi warganegara asing yang dibenarkan masuk ke negara ini tanpa melalui sistem MyTravelPass (MTP) atau MyEntry.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, kebenaran itu berkuat kuasa 1 November ini dan diberikan dengan syarat mereka masih mempunyai pas yang masih sah laku.

Beliau berkata, 14 kategori berkenaan termasuk diplomat, pas penggajian, Resident Pass-Talent (RP-T), Pas Lawatan Ikhtisas (pakar), Pas Lawatan Ikhtisas, Pemastautin Tetap (PR), Pas Jangka Panjang, Pas Warga Emas, Pas Balu dan Pas Pelajar.

“Kategori lain adalah Pas Malaysia My Second Home (MM2H), Pas Residen, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Pembantu Rumah Asing (PRA).

“Kelulusan perkara itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Bilangan 60 Tahun 2021 (Siri 22) yang telah diadakan pada 22 Oktober lalu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, warganegara asing yang bukan di bawah kategori yang dinyatakan masih perlu memohon melalui sistem MTP atau MYEntry untuk kebenaran masuk ke Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI