fbpx

Sembilan kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sebanyak sembilan kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan enam kluster tempat kerja serta masing-masing satu kluster pendidikan lain, kumpulan berisiko tinggi dan komuniti.

Kesemua kluster tersebut dilaporkan di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Perak dan Kelantan, menjadi antara penyumbang kepada kes harian negara yang mencatatkan sebanyak 6,148 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 21 kes adalah jangkitan import manakala, jumlah kumulatif kes Covid-19 mencecah 2,448,372 kes.

“Terdapat 101 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 6,047 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

“Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 7,595 kes dengan keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,347,985 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat 563 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 292 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI