fbpx

Lelaki paku bunga pada kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ini menanam bunga matahari pada kubur bapanya. - TikTok

JAKARTA – Aksi seorang lelaki yang memaku kuntuman bunga pada sebuah kubur menjadi tular di media sosial baru-baru ini, lapor laman Suara.com semalam.

Menurut pengguna TikTok yang bernama @simonherli itu, tujuannya berbuat begitu adalah kerana berang bunga yang diletakkan di kubur itu sering hilang kerana dicuri.

“Bunga yang hilang dicuri di tanah perkuburan sering terjadi ya,” demikian kapsyen yang dimuat naik bersama video tersebut.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat membawa sejambak bunga matahari dan berniat untuk meletakkan ia di kubur bapanya.

Setibanya di kubur tersebut, dia kemudian menanamkan tangkai bunga matahari tersebut ke dalam tanah dan turut memaku tangkainya ke dalam kubur.

“Semoga bunga ini tidak hilang lagi. Jika hilang sekali pun, semoga diberikan keberkatan kepada individu yang mengambilnya,” kata lelaki itu.

Netizen yang melihat video tersebut kemudiannya berkongsi pendapat menerusi ruangan komen.

“Saya juga pernah alami situasi sama. Bunga saya telah diambil dan digunakan oleh pelaku untuk mengambil gambar dengan ahli keluarganya. Dia kemudiannya meminta maaf,” tulis seorang netizen.

“Sepatutnya anda memasang stesen televisyen tertutup (CCTV),” tulis seorang netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI