fbpx

Hadiah emas untuk peserta individu Takaful Ikhlas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas) melancarkan kempen Nak Emas? yang menawarkan hadiah emas untuk peserta individu yang menyertai produk takaful am terpilih sepanjang 1 September lalu sehingga 31 Disember 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Eddy Azly Abidin berkata, kempen yang pertama kali diadakan ini memberi peluang kepada peserta untuk memena­ngi hadiah emas apabila mereka menyertai pelan perlindungan takaful am daripada Takaful Ikhlas iaitu perlindungan taka­ful motor, takaful perlindungan kediaman, takaful kemalangan peribadi dan takaful kembara.

Kempen yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember ini menawarkan hadiah emas 10 gram untuk 12 pemenang tempat pertama.

“Hadiah berupa lima gram emas untuk 20 pemenang tempat kedua dan satu gram emas untuk 300 pemenang tempat ketiga telah disediakan syarikat.

Hadiah yang ditawarkan ini merupakan akaun emas dan para pemenang akan dipilih melalui cabutan rezeki emas secara bulanan.

“Di Takaful Ikhlas, kami bukan sahaja menekankan nilai murni membantu peserta di saat mereka ditimpa musibah, malah inisiatif ini juga dilaksanakan bagi membantu peserta untuk me­labur dan menyimpan emas bagi keperluan masa depan.

“Kami berharap orang ramai akan merebut peluang ini, kerana lebih banyak penyertaan, lebih besar peluang untuk mereka memenangi hadiah emas yang ditawarkan,” katanya dalam kenya­taan.

Kempen Nak Emas? adalah sebahagian daripada usaha Takaful Ikhlas untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat mengambil perlindungan patuh syariah untuk melindungi diri mereka, harta benda dan keluarga tersayang.

Kempen ini turut menawarkan manfaat percuma kepada peserta iaitu Ikhlas Waqf & Endowment (IWE) berjumlah RM1,000 atas nama peserta yang akan disalurkan kepada institusi diiktiraf yang dipilih oleh Takaful Ikhlas.

POPULAR