fbpx

[VIDEO] Bila di Malaysia, tolong ‘mask up’-KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran terbaru dibuat Khairy Jamaluddin sebagai memberi maklum balas terhadap kegagalan seorang pelancong mematuhi SOP ditetapkan.

PETALING JAYA- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta orang ramai khususnya pelancong asing untuk mengenakan pelitup muka ketika berada di mana-mana lokasi awam di Malaysia.

Menerusi hantaran terbaru di laman Twitter rasmi beliau, Khairy Jamaluddin meminta setiap individu untuk sentiasa mengenakan pelitup muka tanpa mengira perbezaan arahan di tempat lain.

“Bila berada di Rome, ikut cara Roman, bila di Malaysia, tolong pakai pelitup muka tanpa mengira peraturan di tempat lain,” ciapnya tadi.

Ciapan terbaru itu dibuat Khairy Jamaluddin sebagai memberi maklum balas kepada tindakan seorang pelancong asing yang dilihat gagal mengenakan pelitup muka ketika memasuki salah sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota.

Pada masa sama, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat terkini daripada pihak pusat beli-belah terlibat berhubung kejadian itu.

Berita berkaitan: [VIDEO] Meroyan mahu masuk butik tidak pakai ‘mask’

Tindakan wanita itu turut mengundang rasa marah dalam kalangan pengguna laman media sosial selepas dia dilihat cuba mencabar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.

Malah ramai pengguna media sosial mahu wanita itu dicari dan dikenakan tindakan undang-undang selepas cuba mencemari arahan ditetapkan pihak berkuasa. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI