fbpx

Terus ‘support’ Pandalela isu gurauan lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pandalela.

PETALING JAYA – Isu guruan lucah yang diketengahkan oleh atlet terjun negara, Datuk Pandalela Rinong sebelum ini nampaknya masih hangat diperkatakan.

Ia susulan dari satu ciapan di laman Twitternya semalam yang menyatakan dia berkongsi pengalamannya mengenai gangguan seksual yang melibatkan bekas jurulatihnya untuk memberi sokongan dan menggalakkan mangsa lain untuk bersuara.

“Saya berkongsi pengalaman buruk itu untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, dan sokongan kepada mangsa di luar sana, yang sentiasa dalam dilema, sama ada mahu bersuara atau berdiam diri.

“Paling penting, pemboleh dan penyokong pihak yang membuat gangguan seksual tidak seharusnya disensasikan. Orang lain mungkin lupa, tetapi bukan mangsa,” jelasnya.

Tangkap layar ciapan Pandalela di laman Twitternya semalam.

Walaupun tidak menyatakan secara spesifik, namun ciapan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu dilaporkan mempersoalkan motif Pandelela mengungkit kisah gangguan seksual oleh bekas jurulatihnya setelah sekian lama.

Rata-rata orang ramai menyifatkan apa yang didedahkan oleh Pandalela itu merupakan satu tindakan yang bagus bagi memberi galakan kepada mangsa yang pernah terlibat dengan gangguan seperti itu.

“Terus berani dan terus dedah perkara terkutuk seperti ini, jangan hiraukan dengan kata-kata orang lain yang hanya melihat isu ini isu yang lekeh,” jelas Yong Sew Tan.

“Ini perkara yang serius, bukan benda main-main. Kenapa kita nak bela, nak jaga orang jahat macam ni. Kepada mangsa-mangsa yang pernah terkena tampil ke depan,” kata Justin Segarajah. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI