fbpx

Menteri Belia dan Sukan nafi persoal tindakan Pandelela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Ahmad Faizal, Pandelela dan Gobind.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau mempersoalkan tindakan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg membangkitkan insiden gangguan seksual.

Menurutnya, kenyataan beliau pada sidang satu sidang media berhubungan perkara itu telah diterbitkan di luar konteks sehingga menimbulkan kemarahan ramai pihak yang tersalah faham.

“Apa yang cuba saya lakukan adalah mendengar terlebih dahulu daripada semua pihak sebelum saya boleh beri penjelasan dan itu yang saya sebut dalam sidang media.

“Saya ada muat naik (rakaman sidang media) dalam Facebook saya untuk semua dengar sendiri apa yang saya katakan.

“Saya mesti memastikan kejadian buruk kepada Pandelela kepada mana-mana atlet terkesan kerana kita mesti pertahan anak-anak kita,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Gobind Singh Deo (PH-Puchong) mendakwa Menteri Belia dan Sukan seolah-olah tidak memberi sokongan kepada Pandelela dan atlet wanita dalam insiden gangguan seksual.

Beliau mempersoalkan kenyataan Ahmad Faizal bertanya mengapa insiden itu ditimbulkan kembali dan turut mengingatkan bahawa tiada had masa ditetapkan dalam undang-undang.

“Kalau ada aduan, walaupun lama, seharusnya diambil tindakan,” katanya.

Pandelela baru-baru ini mendedahkan beliau pernah dibuli oleh seorang jurulatih selepas menegur sikap individu berkenaan yang sering membuat lawak berbaur lucah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI