fbpx

Malaysia bakal haram ENDS di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika berucap pada Sesi ke-72 Mesyuarat Jawatankuasa WHO Rantau Pasifik Barat di Himeji, Jepun hari ini. – Ihsan Kementerian Kesihatan

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia dijangka memperkenalkan larangan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan murid sekolah menerusi peraturan kawalan yang jauh lebih tegas.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sehubungan itu, Malaysia akan mencontohi pelbagai negara lain yang sudah melaksanakan undang-undang kawal selia produk tersebut.

“Malaysia dengan ini menzahirkan hasrat untuk menyertai beberapa negara yang sudah mengekang sistem penyampaian nikotin elektronik atau ENDS bagi murid sekolah,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sesi ke-72 Mesyuarat Jawatankuasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Rantau Pasifik Barat di Himeji, Jepun pada hari ini.

Teks penuh ucapan beliau tersebut ketika membahaskan Agenda Bilangan Ke-11 yang bertajuk Kesihatan Sekolah itu turut diterbitkan oleh ibu pejabat Kementerian Kesihatan di sini.

ENDS yang mula diperkenalkan seorang jurufarmasi bernama Hin Lik di China pada 2003 lalu ketika itu bertujuan menggantikan rokok diperbuat tembakau bagi menangani isu ketagihan.

Namun kajian WHO serta Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) di Amerika Syarikat (AS) pada 2016 lalu menyangkal teori itu serta disokong Organisasi Respiratori Eropah pada 2019.

Penyelidikan terbaharu Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di AS sendiri malah menasihatkan pengguna agar mengelak rokok elektronik kerana kesan buruk jangka panjang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI