fbpx

Kursus PraPerkahwinan Islam online anjuran Jawi dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuki (dua kanan) menyerahkan replika cek kepada Pengerusi MATTA Cawangan Kuala Lumpur, Sheikh Awadh Sheikh Abdullah pada program itu di sini, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Biarpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kursus PraPerkahwinan Islam seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tetap mendapat sambutan ramai biarpun dilaksanakan secara atas talian.

Sejak Julai tahun lalu hingga Oktober tahun ini, seramai 72,915 orang peserta telah mengikuti kursus berkenaan melalui 23 Pusat Kursus Praperkahwinan Islam (KPPI) di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Jawi menerusi satu kenyataan berkata, kursus berkenaan terpaksa dilaksanakan secara atas talian susulan pandemik Covid-19.

Menurutnya, sehingga kini, sebanyak 27 Pusat KPPI di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah diberikan permit penganjuran kursus oleh Jawi.

“Kursus Praperkahwinan Islam diwajibkan bagi pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan di Wilayah Persekutuan sebagai persediaan melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran berumahtangga,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Jawi turut memberi penarafan Gred A (Cemerlang) kepada 10 Pusat KPPI di Wilayah – Wilayah Persekutuan berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Kaedah penarafan ditentukan berasaskan empat komponen utama termasuk kemudahan dan fasiliti lengkap; pelaksanaan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) versi terkini; pematuhan terhadap Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam.

Dalam majlis ringkas di Masjid Negara, Kuala Lumpur pagi ini, Jawi turut melancarkan Buku Garis Panduan Penarafan Pusat Kursus Praperkahwinan Islam yang julung kali diperkenalkan bertujuan mewujudkan Pusat KPPI berkualiti, seragam dan menepati piawaian yang ditetapkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI