fbpx

Kemas kini maklumat untuk nikmati Bantuan Musim Tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asmaiza (tengah) melihat anak ayam piru pada program Pekebun Kecil Makmur peringkat negeri Perlis, hari ini. GAMBAR HIASAN

Oleh SYED AZLAN SAYID HIZAR

PADANG BESAR – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Perlis meminta 610 pekebun kecil mengemas kini segera maklumat mereka bagi tujuan penyaluran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru, Kebudayaan Kesenian dan Warisan Perlis, Asmaiza Ahmad berkata, Risda menyasarkan seramai 1,427 pekebun di negeri ini menerima bantuan BMT pada tahun ini.

“Sehingga 25 Oktober lalu, hanya 817 golongan tersebut mengemas kini dan membuat pengesahan maklumat melibatkan nombor telefon dan akaun bank terkini.

“Manakala baki seramai 610 pekebun kecil lagi masih belum membuat kemas kini. Saya harap semua pekebun kecil segera membuat kemas kini dan pengesahan maklumat sebelum 15 November ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan replika cek kepada peserta program Agromakanan 2021 (Ternakan Ayam Piru Berkelompok Kampung Chelong) dan Prasarana Asas Pertanian masing-masing berjumlah RM63,300 dan RM27,700 pada Program Pekebun Kecil Makmur, di sini hari ini.

Jelas beliau, Kerajaan Persekutuan meluluskan pemberian BMT sebanyak RM600 seorang melalui peruntukan sebanyak RM191 juta kepada pekebun kecil seluruh negara pada tahun ini.

“BMT dijangka disalurkan secara dua peringkat iaitu RM300 pada bulan November, manakala bakinya pada Disember dengan proses kemas kini juga boleh dilakukan secara online menerusi pautan bmt.risda.gov.my,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI