fbpx

AIGA penanda aras tahap integriti, tadbir urus dan antirasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (dua dari kiri) menyampaikan anugerah AIGA kepada seorang penerima pada majlis penyampaian AIGA 2020 di Dewan Utama Kolej Yayasan Pahang, hari ini.

KUANTAN – Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2020 yang julung kali diadakan di Pahang akan menjadi penanda aras kepada kejayaan negara dalam meningkatkan tahap integriti, tadbir urus dan antirasuah bagi sektor awam dan juga governans dalam pengurusan sektor swasta.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, anugerah yang bertepatan dengan aspirasi Pelan Antirasuah Nasional (NACP) itu merupakan sebuah projek rintis iaitu yang dijalankan di peringkat negeri Pahang sebelum pelaksanaannya turut dibuat di peringkat nasional pada masa akan datang.

“Walaupun terdapat banyak usaha dalam memastikan sesebuah organisasi itu mempunyai tadbir urus yang baik, tetapi apakah indikator terbaik yang boleh digunapakai bagi mengukur keberhasilan perlaksanaannya.

“Oleh yang demikian maka tercetusnya idea perlaksanaan anugerah ini sebagai mekanisme penilaian dan seterusnya sebagai platform kepada penghargaan terhadap usaha-usaha yang telah dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian AIGA 2020 di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang di sini hari ini.

Penyampaian anugerah berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Anugerah berkenaan penting dalam memastikan usaha negara mewujudkan ekosistem berintegriti dan bebas rasuah dalam organisasi sama ada di sektor awam mahupun sektor swasta dapat direalisasikan.

Jelasnya, nnugerah itu bertitik tolak kepada persoalan asas iaitu bagaimana mekanisme yang terbaik untuk mengukur sejauh mana usaha integriti dan tadbir urus dalam sesebuah organisasi sama ada sektor awam mahupun sektor swasta dapat memberi impak yang signifikan.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, AIGA menjadi satu inisiatif meningkatkan pembudayaan integriti dan tadbir urus, menerusi pemberian pengiktirafan dan penghargaan kepada sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam pembudayaan integriti, tadbir urus terbaik, dan inisiatif antirasuah dalam organisasi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI