fbpx

Usul pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dijadualkan dibentangkan pada hari ini akan ditangguhkan pada persidangan Parlimen akan datang.

Penangguhan tersebut dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Deri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum dipersetujui oleh majoriti Ahli Dewan Rakyat daripada kedua-dua blok.

“Menurut Peraturan 90 (2) dan dengan persetujuan Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan usul untuk menghentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menangguh Pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti Perkara 1 yang tertera di Aturan Urusan Mesyuarat usul hari ini ke mesyuarat akan datang,” katanya tadi.

Usul tersebut disokong oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pada 23 Ogos lalu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Azalina membuat keputusan itu atas beberapa alasan, susulan pelantikan Perdana Menteri baharu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tuntutan rakyat yang kuat serta jelas bagi kerjasama pelbagai parti.

“Saya meletakkan jawatan supaya kerajaan dan pembangkang mempunyai lebih ruang untuk menetapkan semula Dewan Rakyat supaya ia benar-benar dapat berfungsi sebagai forum bagi persaingan dan kerjasama profesional antara parti mengenai dasar dan tadbir urus,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI