fbpx
ZAINI Ujang (kiri sekali) meninjau kemudahan PTBKL di Lencongan Sungai Bunus di Kuala Lumpur yang dilaksanakan JPS. – FOTO IHSAN Kementerian Alam Sekitar dan Air.

PTBKL berjaya halang banjir besar melanda ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Empat Projek Tebatan Banjir Kuala Lumpur (PTBKL) dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berjaya menghalang ibu kota daripada dilanda banjir besar.

Menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar dan Air, ia merangkumi antaranya Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) yang telah dibuka kepada awam sejak 2007.

“Begitu juga projek Lencongan Sungai Gombak, Sungai Keroh dan Sungai Bunus dengan konsep yang digunakan pihak JPS ialah kerja pengawalan air banjir terus di sumber,” katanya hari ini.

Pendekatan ini membolehkan limpahan air hujan dilencongkan dan ditakungkan dalam kolam takungan banjir sebelum dilepaskan semula secara perlahan selepas paras sungai itu turun.

PTBKL ujar kementerian, terbukti telah berjaya menebat banjir besar di Kuala Lumpur susulan hujan lebat sekitar Lembah Klang sepanjang 26 September, 20 Oktober dan 23 Oktober lalu.

Sebagai perbandingan jelasnya lagi, beberapa insiden banjir kilat sebaliknya dilaporkan media tempatan telah berlaku ketara di banyak kawasan rendah di Selangor pada tempoh sama.

Bagaimanapun, katanya, hujan lebat di lembangan kecil Sungai Bunus dan komponen terakhir PTBKL di sungai tersebut berjaya menebat banjir pada Sabtu lepas melibatkan kawasan Jalan Tun Razak di hadapan Institut Jantung Negara, Perpustakaan Negara, Kampong Bharu, Jalan Semarak dan Jalan Sultan Yahya Petra. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN