fbpx
RANIERI (kiri) bersama King selepas menjaringkan hatrik ketika Watford membelasah Everton 5-2 pada aksi EPL di Goodison Park malam kelmarin. – AFP

Kemenangan sulung Ranieri berkenduri gol di Goodison Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Claudio Ranieri melakar kemenangan sulung sebagai pengurus Watford selepas mengemudi pasukan itu mem­belasah Everton 5-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park malam kelmarin.

Lebih manis, kemenangan itu turut diiringi dengan jaringan hatrik penyerang, Joshua King serta dua gol menerusi Juraj Kucka dan Emmanuel Dennis sementara gol tuan rumah dijaringkan oleh Tom Davies dan Richarlison.

Ranieri tanpa berselindung mengakui gembira dengan kemenangan tersebut, namun beliau tidak sangka mereka berjaya melakukan kebangkitan menerusi­ empat gol dalam tempoh 12 minit.

“Sangat penting untuk tunjukkan karakter serta kekuatan yang kami miliki selain berikan reaksi pada situasi perlawanan. Amat menakjubkan apabila kami berjaya jaringkan empat gol dalam tempoh singkat.

“Saya sangat gembira untuk memiliki King dalam perlawanan hari ini (kelmarin) kerana kami tidak dapat menggunakan khidmatnya minggu lepas. Dia bukan sahaja jaringkan hatrik, malah membantu rakan sepasukan lain,” katanya.

Kemenangan itu nyata mele­gakan Ranieri memandangkan beliau memulakan tugasnya sebagai pengurus baharu The Hornets dengan kekalahan besar 0-5 kepada­ Liverpool pada aksi terdahulu.

“Saya beritahu kepada semua pemain jangan khuatir selepas kami tewas kepada Liverpool ke­rana Atletico Madrid, sebuah pasukan besar juga kalah kepada­ mereka. Oleh itu, kami perlu jadikannya sebagai pembakar semangat untuk bangkit,” ujar ­beliau. – AGENSI

POPULAR