fbpx

Real mesti tewaskan Barcelona – Ancelotti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Real Madrid giat menjalani latihan menjelang derbi El Clasico menentang Barcelona pada saingan La Liga di Stadium Camp Nou malam ini. – AGENSI

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti menekankan beberapa aspek yang perlu dilakukan skuad bim­bingannya untuk menewaskan musuh tradisi, Barcelona dalam derbi El Clasico aksi La Liga di Stadium Camp Nou malam ini.

Ancelotti tentunya menarik nafas lega apabila pasukannya kembali ke landasan kemenangan sebelum bertemu Barcelona selepas gagal melakukannya dalam tiga perlawanan sebelum itu.

Los Blancos sekadar seri tanpa jaringan menentang Villarreal sebelum dikejutkan dengan dua kekalahan kepada Sheriff Tiraspol dan Espanyol.

Bagaimanapun, Real kembali ke tahap sebenar mereka dengan kemenangan bergaya 5-0 ke atas juara Ukraine, Shakhtar Donetsk dalam aksi Liga Juara-Juara baru-baru ini.

ANCELOTTI

“Perkara utama perlu dititikberatkan adalah cara kami bertahan apabila menentang Barcelona nanti. Ini adalah perkara paling sukar untuk dilakukan sebenarnya.

“Jika mahu menang, kami perlu pastikan pertahanan kami kebal dan mengharapkan sera­ngan balas yang pantas dengan memanfaatkan ruang kosong di kawasaan lawan.

“Kami ada pemain yang berbahaya di jentera serangan yang boleh menjadi pertaruhan pasukan seperti Vinicius (Junior), Rodrygo dan (Karim) Benzema,” kata Ancelotti.

Real kini menyasarkan peluang untuk merakam kemena­ngan keempat berturut-turut ke atas Barcelona selepas menang tiga pertemuan terakhir El Clasico dengan keputusan 2-0 (Mac 2020), 3-1 (Oktober 2020) dan 2-1 pada April lalu.

Dalam perkembangan sama, Ancelotti menjelaskan, dua pemain utamanya iaitu Eden Ha­zard dan Dani Carvajal dilihat mempunyai peluang untuk membuat penampilan semula dalam aksi El Clasico selepas pulih daripada kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI