fbpx

‘Dia jaga dari hujung rambut sampai hujung kaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA dan suaminya, Haris.

MEMILIKI suami penyayang dan sentiasa mengambil berat adalah satu bentuk rezeki yang paling diingini setiap wanita bergelar isteri.

Rezeki tersebut juga sedang dinikmati selebriti popular Neelofa ketika apabila berkongsi mengenai sikap suaminya, Haris Ismail yang sangat mengambil berat tentang dirinya.

Kata bakal ibu itu, dia bersyukur kerana memiliki suami yang sentiasa bertanya dan memahami apa yang diperlukan.

“Dia sangat prihatin dan menjaga kesihatan, emosi dan mental saya serta sentiasa memastikan saya dalam keadaan yang baik.

“Kalau saya sakit atau tidak sihat, saya tak risau sebab saya ada dia yang menjaga saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki,” katanya dalam satu sesi siaran langsung bersama Fauziah Gous baru-baru ini.

Pasti ramai yang mengimpikan suami seperti Haris. Apapun harap Neelofa dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat.

DIVA: Bila agaknya Neelofa betul-betul nak buka mulut pasal kehamilannya. Lambat sangat nak tunggu berita kelahiran!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI