fbpx

Pembentung pecah punca banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memeriksa kediaman penduduk yang dilimpahi air banjir kilat di Kampung Poh, dekat sini pagi tadi.

TAPAH – Satu kejadian banjir kilat berlaku di Jalan Besar, Kampung Poh Tambahan di Bidor, dekat sini pagi tadi.

Kejadian berlaku akibat pembentung pecah dari lombong berdekatan menyebabkan air melimpah masuk ke kawasan kampung.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.01 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor telah dihantar ke kawasan tersebut.

“Buat masa ini pemantauan sedang dilakukan oleh anggota.

“Operasi pemantauan diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Tarmizi,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI