fbpx

NSFC ‘kempunan’ angkara Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN NSFC yang merupakan juara Liga Premier 2021 terpaksa menerima hakikat tidak dapat meneruskan saingan Piala Malaysia selepas 20 pemain dan empat pegawainya positif Covid-19.

NEGERI Sembilan FC (NSFC) terpaksa menelan hakikat perit apabila tidak dapat meneruskan penyertaan mereka untuk saingan Piala Malaysia musim ini disebabkan penularan jangkitan Covid-19 dalam pasukan.

Juara Liga Premier itu dalam satu kenyataan semalam mendedahkan, seramai 20 pemain dan empat pegawai positif Covid-19 didapati positif melalui ujian saringan yang RT-PCR yang dilaksanakan pada 18 Oktober lalu.

Atas saranan dan nasihat doktor perubatan, semua yang positif menjalani kuarantin di rumah masing-masing, manakala mereka yang negatif juga diarahkan melakukan isolasi di kediaman sendiri dan perlu menjalani RT-PCR kedua hari ini.

“Doktor pasukan memaklumkan pegawai dan pemain yang positif akan memperoleh beberapa kesan sampingan akibat daripada jangkitan Covid-19 ini seperti penurunan tahap kecergasan fizikal serta kesan detraining dan gejala post-Covid yang lain.

“Demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua pegawai serta pemain selain mengambil kira nasihat dan saranan doktor perubatan, NSFC telah membuat keputusan tidak meneruskan baki saingan Piala Malaysia.

“Hal ini untuk tidak melibatkan pasukan-pasukan yang lain demi menjaga gelembung sukan bola sepak,” menurut kenyataan rasmi daripada pihak NSFC semalam.

Situasi NSFC itu pastinya bakal menjejaskan aksi Kumpulan C saingan Piala Malaysia musim ini melibatkan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Melaka United dan Kelantan United.

Sebagai rekod, ini adalah rekod paling tinggi Covid-19 dicatatkan melibatkan kes dalam kalangan pasukan Liga Malaysia yang sebelum ini pernah ­‘menyerang’ KDA FC, Kuching City dan Sarawak United.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI