fbpx

Mangsa banjir termenung dibenarkan pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Bencana air banjir termenung di negeri ini hampir pulih dengan seramai 566 mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, sehingga pukul 8 pagi tadi hanya 550 mangsa masih ditempatkan di sembilan PPS di seluruh negeri ini.

“Mengikut pecahan, seramai 191 mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil (61) di Melaka Tengah.

“Di Alor Gajah tiga PPS masih dibuka di SK Durian Tunggal (49), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah (35) dan SK Telok Berembang (lapan),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, di daerah Jasin, seramai 101 mangsa masih ditempatkan di SK Tehel, SMK Seri Bemban (28) dan SJKC Shuh Yen (69).

Ujarnya, semalam pihaknya merekodkan jumlah tertinggi mangsa terjejas seramai 1,116 dan sebahagian mereka telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada awal pagi tadi selepas kediaman disahkan selamat didiami.

Terdahulu, tiga daerah di negeri ini dilanda banjir kilat pada Rabu lalu menyebabkan 52 kawasan penempatan terjejas dan berdepan dengan kejadian air termenung. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI