fbpx
Seorang wanita yang memakai tudung hitam bertindak menyuraikan demontrasi menentang kepimpinan Presiden Jokowi di Makassar 21 Oktober lalu. - CNN Indonesia/Ilham

‘Makcik’ bebel penunjuk perasaan terus bersurai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Aksi sekumpulan mahasiswa yang melakukan demonstrasi di Jalan Sultan Alauddin, Makassar, Sulawesi Selatan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas kelmarin  akhirnya dibubarkan oleh seorang wanita pertengahan usia, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

Kumpulan mahasiswa daripada Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Indonesia itu melakukan demonstrasi kerana membantah kepimpinan Presiden Joko Widodo.

Mereka kemudiannya menghalang laluan di jalan tersebut dengan menahan dua buah trak selain membakar tayar.

Akibat insiden itu, keadaan lalu lintas di Kota Makassar menjadi sangat sesak serta menyebabkan pengguna jalan raya tertekan.

Seorang wanita kemudian keluar daripada kenderaannya dan mendekati kumpulan pelajar itu yang sedang menghalang lalu lintas.

“Sudah azan dan masuk waktu solat Maghrib, sambung esok sahaja ya demonstrasinya.

“Kami faham apa yang anda mahukan, namun tindakan anda ini hanya menimbulkan masalah,” kata wanita itu.

Kumpulan mahasiswa itu kemudiannya bersurai, manakala  situasi menjadi terkawal dan aliran lalu lintas kembali lancar. – AGENSI 

 

POPULAR