fbpx
Rosol (kiri) beramah mesra dengan seorang penggun pada program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat Negeri Terengganu di Felda Bukit Banding, Hulu Terengganu hari ini.

KPDNHEP wujudkan saluran aduan khusus p-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewujudkan saluran aduan khusus untuk perkhidmatan Penghantaran Makanan dan Bungkusan Bermotosikal (p-hailing).

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, penyediaan plaform aduan itu bertujuan membantu peniaga dan pengguna menyalurkan sebarang isu berbangkit berkaitan perkhidmatan tersebut.

Beliau berkata, ia memudahkan KPDNHEP mengenal pasti isu-isu berbangkit sebelum sebarang langkah atau tindakan selanjutnya diambil.

“Sepanjang tahun lalu, kita menerima sebanyak 1,933 aduan berhubung p-hailing manakala sejak awal tahun ini pula sebanyak 989 aduan diterima berkaitan p-hailing.

“Sebelum ini, aduan berkaitan dibuat melalui saluran sedia ada. Oleh itu, saluran aduan khusus untuk perkhidmatan p- hiling ini dibuat agar lebih berfokus,” katanya selepas merasmikan program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat Negeri Terengganu di Felda Bukit Bading di sini hari ini.

Rosol memberitahu, peniaga, pengguna atau mana-mana pihak berkaitan kini boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan perkhidmatan p-hailing menerusi [email protected].

Tambah beliau, KPDNHEP turut merangka penambahbaikan industri p- hiling seperti cadangan pengenalan sistem caj komisen berperingkat dan fleksibel, pemantapan komunikasi dan latihan serta
penambahbaikan dokumen perjanjian dan kaedah pengambilan pakej promosi,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI