fbpx

Kerajaan perkenal Keberhasilan Kebahagiaan, pantau pelaksanaan Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika berucap di Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak malam ini.

KUCHING – Kerajaan pusat telah memperkenalkan Keberhasilan Kebahagiaan (KHO) bagi melengkapi petunjuk prestasi utama (KPI) dalam memantau pelaksanaan konsep Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KHO dan KPI akan menjadi komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk membawa negara keluar dari kelelahan pandemik.

“Ia juga akan memperbaiki kedudukan negara dalam carta Indeks Kebahagiaan Dunia di mana kita kini berada di kedudukan ke-81 pada tahun 2021,” katanya pada majlis pelancaran Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam ini.

Perdana menteri juga mengatakan pelbagai program dan inisiatif telah dan akan dilaksanakan di bawah payung Keluarga Malaysia.

Ini termasuk Rumah Ikram Keluarga Malaysia, Skuad Keluarga Malaysia, Pakej Peranti Keluarga Malaysia, Pakej Penjagaan Covid-19 Keluarga Malaysia, Keluarga Malaysia Siaga Bencana, Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia dan Residensi Rumah Keluarga Malaysia.

“Inilah program dan inisiatif Keluarga Malaysia, di mana setiap kementerian akan memperkenalkan sekurang-kurangnya satu program dan inisiatif bertujuan membantu mengurangkan kesan ekonomi yang ditanggung oleh rakyat. Saya berharap ia turut disokong oleh kerajaan negeri.

“Suka saya ingatkan agar setiap ahli Jemaah Menteri dan kementerian-kementerian untuk terus konsisten memberi tumpuan kepada program serta inisiatif yang melimpahkan kesejahteraan dan manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia. Ini adalah tanggungjawab utama yang saya amanahkan kepada mereka,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI