fbpx

Dua pemandu tunjuk samseng di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan dua buah kenderaan tersebut memandu secara merbahaya.

PETALING JAYA – Satu video berdurasi 26 saat tular di media sosial memaparkan dua buah kereta ‘bergaduh’ dan tunjuk samseng dengan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi satu perkongsian Muhammad Hafiz di laman Facebooknya, memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah kereta yang tidak dapat dipastikan jenisnya saling memotong serta menghalang pergerakan satu sama lain.

Aksi merbahaya kedua-dua pemandu itu mengancam keselamatan pengguna jalan raya tersebut.

Namun, lokasi dan masa kejadian tidak dapat dipastikan.

Rata-rata orang ramai berang dengan kelakuan kedua-dua pemandu terbabit dan sepatutnya mereka berhenti dan selesaikan persengketaan yang timbul daripada membahayakan nyawa orang ramai.

“Berhenti di tepi lah, pastu (selepas itu) bertumbuk, tidak merosakkan kereta hanya lebam di muka sahaja,” tulis Saiful Adli

“Ishhh membahayakan nyawa orang lah, apa kata berhenti di tepi lepastu (selepas itu) bertumbuk,” kata Qomeng Qomeng.

“Nak bergaduh parkir tepi lah, haaa bertumbuk lah puas-puas, gaduh macam ini bahaya kot, (jika) terkena kereta atau motor kan dah menyusahkan orang lain,” kata Diana Othman – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI