fbpx

78 kematian dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

UTRAJAYA – Sebanyak 78 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 28,312 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Daripada jumlah tersebut, terdapat 17 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 5,718 kes.

“Kesemua kes kematian dilaporkan di Sarawak (17), Perak (11), Selangor (11), Pulau Pinang (10), Johor (9), Sabah (7), Kedah (6), Negeri Sembilan (3), Kelantan (2), Perlis (1) dan Terengganu (1) serta tiada kematian di Melaka, Pahang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” demikian maklumat pada laman web tersebut di sini hari ini.

Terdapat 80,697 kes aktif melibatkan 62,387 kes dikuarantin di rumah, 11,306 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 6,361 kes di hospital, 323 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 320 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, daripada 6,630 kes yang dilaporkan semalam, pecahan negeri-negeri ialah Selangor (1,322 kes), Sarawak (750 kes), Sabah (641 kes), Kelantan (589 kes), Johor (548 kes), Pulau Pinang (440 kes), Terengganu (439 kes), Kedah (432 kes) dan Perak (381 kes).

Selebihnya, Kuala Lumpur (322 kes), Pahang (302 kes), Negeri Sembilan (192 kes), Melaka (183 kes), Putrajaya (44 kes), Perlis (43 kes) dan Labuan (dua kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI