fbpx

Iklan disalah guna ‘scammer’, Noorkhiriah beri amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar (kiri) hantaran Instagram Norkhiriah yang memohon orang ramai tidak terpedaya dengan taktik scammer yang menggunakan namanya oleh sebuah syarikat saham.

PETALING JAYA- Bimbang orang ramai akan terpedaya dengan penipuan sebuah syarikat saham, pelakon Noorkhiriah mengeluarkan amaran selepas video iklan lakonannya digunakan tanpa kebenaran syarikat terbabit.

Noorkhiriah atau nama sebenarnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 42, mengeluarkan amaran tersebut menerusi satu hantaran di Instagramnya malam tadi.

“Assalamualaikum. Maaf, saya tiada kena mengena dengan saham itu. Saya berlakon sahaja, selebihnya saya tidak tahu. Andai rasa macam ditipu jangan teruskan.

“Mana ada dengan mudah orang senang-senang bagi duit. Hati-hati semua. #scamalert,” tulis Noorkhiriah dalam hantaran di Instagram.

Pelakon drama Nur itu memuat naik hantaran berkenaan selepas menerima banyak pertanyaan orang ramai tentang syarikat saham tersebut.

“Tiada jalan mudah untuk kaya, hati-hati. Penat nak jawab maka baca sebelum akak delete (padam). #scamalert,” tulisnya pada hantaran yang telah pun dipadamkan daripada akaun Instagramnya.

Difahamkan Noorkhiriah hanya berlakon dalam sebuah iklan sebuah syarikat latihan dan bimbingan saham, WR Trader Academy.

Namun begitu, iklan tersebut telah dicuri dan digunakan tanpa kebenaran oleh sebuah syarikat saham yang bernama Vanguard Investment.

“Sila ambil perhatian, entity LLI Management atau Vanguard Investment didapati telah mencuri iklan WR Trader Academy (Nookhiriah) tanpa kebenaran kami.

“Syarikat ini didapati menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram. Ingin ditegaskan, WR Trader Academy tidak pernah mengambil deposit untuk tujuan pelaburan.

“Kami adalah sebuah entiti pendidikan dan semua pelaburan haruslah dilakukan peserta secara terus ke Bursa Malaysia. Kami tidak mengenali dan langsung tiada kaitan dengan pihak berkenaan,” kata WR Trade Academy dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu diingatkan agar orang ramai tidak terlibat dengan pelaburan haram kerana segala kerugian dan kehilangan yang berlaku adalah di atas tanggungjawab sendiri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN