fbpx

Noorkhiriah hulur bantuan urus jenazah secara percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORKHIRIAH menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma kepada mana-mana individu yang terjejas.

PETALING JAYA – Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 42, memaklumkan sedia menguruskan jenazah daripada keluarga yang kurang berkemampuan secara percuma.

Katanya, sesiapa yang memerlukan khidmat berkenaan boleh menghubungi pihaknya untuk membantu sebagai sebahagian usaha ketika rata-rata masyarakat berdepan kesukaran melalui tempoh pandemik Covid-19 ini.

“Dalam keadaan negara sekarang yang saya tak tahu pun macam mana dan bila akan berakhir, ini sahaja bantuan yang dapat saya berikan.

“Kami akan uruskan jenazah secara percuma dari proses memandikan, kafan, solat dan pengkebumian. Meninggal dunia pun memerlukan kos yang tinggi untuk diuruskan.

“Tak perlu kibar bendera putih, cukup dengan menyimpan nombor ini sahaja untuk dihubungi. Kami tidak kenakan sebarang bayaran,” katanya.

Pelakon Nur yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu antara penggiat seni yang aktif menghulurkan bantuan kepada golongan terjejas dalam era pandemik.

Sebelum ini dia dan suaminya, Azfaizul Ahtan, mewakafkan kenderaan pelbagai guna milik mereka sebagai van jenazah yang turut disasarkan untuk kegunaan keluarga susah.

Usaha yang digiatkan tanpa sebarang caj sejak bulan lalu itu dikatakan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat sekali
menjadi saham akhirat.

Ketika ini pasangan berkenaan dibantu jemaah Surau Al-Ikhlas, Kota Damansara, untuk mengendalikan kenderaan terbabit secara bergilir-gilir.

Van yang sudah diubah suai itu boleh digunakan semua pihak yang memerlukan namun buat masa ini perkhidmatan hanya ditawarkan di sekitar Lembah Klang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`

BERITA BERKAITAN