fbpx

Tiket konsert habis, Misha Omar dimarahi peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Misha Omar

PETALING JAYA – Selain menangis kerana terharu jualan tiket konsertnya habis terjual, penyanyi Misha Omar turut menitiskan air mata gara-gara dimarahi segelintir peminatnya yang kecewa apabila tidak dapat membeli tiket Konsert Orkestra Simfoni bersama Misha Omar di Istana Budaya yang habis dijual semalam.

Misha atau nama lengkapnya Samihah @ Aisah Omar, 40, menerusi sesi siaran langsung (Live) dalam Instagram miliknya semalam mengakui berasa sangat bersalah dengan peminat yang gagal mendapatkan tiket konsertnya apabila habis terjual.

“Alhamdulillah tiket konsert saya sebanyak 735 keping habis terjual. Saya bersyukur. Tapi saya sedih juga sebab ada yang memarahi saya kerana tidak dapat membeli tiket walaupun telah beratur berjam-jam.

“Saya betul-betul minta maaf. Rasa sangat bersalah dengan peminat saya yang tidak dapat menonton konsert saya nanti kerana kehabisan tiket. Saya mohon maaf atas apa yang terjadi kerana diluar bidang saya,” katanya.

Ujar pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta itu lagi, dia banyak menangis semalam kerana sedih memikirkan kekecewaan yang dirasai segelintir peminatnya.

“Kalau saya yang uruskan tiket itu, saya mahu semua peminat saya datang (menonton konsert). Kerja saya adalah sebagai penyanyi. Bab menguruskan tiket diluar bidang saya.

“Saya sedih atas apa yang berlaku. Sedih apa yang anda lalui, sedih tidak dapat bersama peminat-peminat yang betul-betul mahu menonton konsert saya,” jelasnya menahan sebak.

Sementara itu, Misha atau mesra disapa Kak Mitch juga menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya ‘memborong’ lebih daripada 100 keping tiket untuk diberikan kepada ahli keluarga sendiri.

“Saya ada terdengar cakap-cakap yang kata saya ‘block’ lebih 100 keping tiket untuk keluarga sendiri. Kenapalah saya nak buat konsert untuk keluarga? Baik saya nyanyi karaoke sahaja,” jelasnya.

Sehubungan itu, Misha berharap supaya suatu hari nanti jika diberikan rezeki, dia mahu mengadakan lagi konsert bagi mengubati kekecewaan peminatnya.

“Insha-Allah kita doakan moga ada rezeki lain selepas ini,” jelasnya.

Terdahulu, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, pihak Istana Budaya hanya mengeluarkan sebanyak 735 keping tiket kepada penonton berbanding jumlah kapasiti penuh iaitu kira-kira 1,400 tempat duduk.

Konsert yang bakal diadakan pada 30 Oktober nanti itu sekali gus merealisasikan impian Misha untuk menjayakan sebuah konsert solo di Istana Budaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI