fbpx

Spalletti puji impak cemerlang Anguissa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPALLETTI tidak suka bercakap mengenai Anguissa kerana semakin banyak diperkatakan, mungkin makin melonjak nilai pasaran pemain itu. - AFP

NAPLES – Pengendali Napoli, Luciano Spalletti memuji impak yang diberikan oleh pemain tengah, Andre-Frank Anguissa dalam memastikan pasukan itu terus tampil cemerlang menjelang aksi Liga Europa bertemu Legia Warsaw di Stadium Diego Maradona awal pagi esok.

Kata Spalletti, Anguissa menjadi tunjang penting buat kesebelasan utamanya sejak dipinjamkan selama semusim daripada kelab Liga Kejua­raan England, Fulham dan kini pihak pengurusan terdesak untuk menandatangani khdimat pemain antarabangsa Cameroon itu secara tetap.

“Sebenarnya saya tidak suka untuk bercakap mengenai Anguissa kerana semakin banyak perkara yang diperkatakan, mungkin makin melonjak nilai pasaran yang bakal diletakkan oleh Fulham ke atas dirinya ­nanti.

“Namun, saya tidak boleh menafikan impak yang diberikan oleh Anguissa sangat besar kerana dia telah membantu pasukan tampil lebih konsisten tidak kira pada kempen Serie A mahupun Liga Europa dan dia adalah tunjang utama pasukan ketika ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Spalletti turut gembira dengan prestasi penyerang utama pasukan, Victor Osimhen yang boleh dianggap sebagai salah seorang penyerang paling berbisa di Eropah ketika ini.

“Selain Anguissa, seorang lagi pemain kami yang wajar mendapat pujian adalah Osimhen kerana dia semakin menunjukkan taring di depan gol. Apa yang saya suka me­ngenainya adalah sikap tidak pernah berpuas hati dan sentiasa bekerja keras membantu pasukan melakar kemena­ngan,” katanya.

Napoli kini menjadi pasukan paling konsisten dalam kancah Serie A selepas meraih kemenangan bersih dalam lapan perlawanan musim ini tetapi bergelut pada kempen Liga Europa selepas me­ngutip satu mata daripada dua perlawanan Kumpulan C. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI