fbpx

Maryam, Ryzal sambut ‘durian kimchi’ junior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZAL dan Maryam menimang cahaya mata sulung mereka yang diberikan nama Rina.

PETALING JAYA – Pasangan selebriti media sosial terkenal Maryam dan Ryzal Ibrahim yang menggelarkan diri mereka sebagai Durian Kimchi selamat bergelar ibu dan ayah selepas menimang cahaya mata sulung mereka pagi tadi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram milik Maryam, wanita asal Korea Selatan itu berkongsi beberapa keping foto sedang memangku bayi perempuannya dengan wajah penuh kegembiraan.

“Alhamdulillah. Bayi dan saya sihat. Allah SWT mudahkan bersalin. Terima kasih semua doakan saya,” tulis Maryam atau nama sebenarnya You Narae.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram milik Ryzal pula, lelaki kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu turut mendedahkan nama yang diberikan kepada puteri kesayangan mereka iaitu Rina.

“Assalamualaikum. Masya-Allah, comelnya puteri kesayangan. Genggam erat jari ayahnya. Saya namakan puteri kami Rina, hasil gabungan nama saya Rizal dan Narae (nama sebenar Maryam).

Ryzal atau nama lengkapnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim kali pertama mendedahkan isterinya hamil sekitar April lalu menerusi satu pengumuman yang dimuat naik dalam Instagram @duriankimchi.

Terdahulu Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing di Korea Selatan.

Pasangan suami isteri itu kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di Malaysia sekitar September tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI