fbpx

50 kawasan terjejas, mangsa banjir meningkat hampir 1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
50 kawasan terjejas, mangsa banjir meningkat hampir 1,000 di Melaka.

MELAKA – Jumlah mangsa bencana banjir yang melanda ketiga-tiga daerah negeri ini semalam meningkat kepada 932 orang, setakat pukul 4 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt. Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) turut dibuka menjadikan jumlah keseluruhan PPS aktif sebanyak 12 lokasi.

“Pada pukul 8 pagi tadi kita merekodkan seramai 590 penduduk yang telah berpindah ke PPS dan jumlah itu meningkat kepada 932 mangsa setakat pukul 4 petang tadi.

“Kesemua mangsa terdiri daripada 249 buah keluarga yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan tadi.

Tambahnya, sehingga kini sebanyak 50 buah penempatan telah terjejas dengan 26 daripadanya melibatkan kawasan di Melaka Tengah, 14 di Alor Gajah dan Jasin 10 kawasan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI