fbpx
Sunway Property yang menawarkan ciri-ciri kesejahteraan dan kelestarian kehidupan.

Sunway Property semak unjuran jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sunway Pro­perty menyemak semula unjuran jualannya pada tahun ini kepada RM2.2 bilion selepas nilai jualan bagi separuh pertama tahun ini telah melepasi RM1.6 bilion.

Pengarah Eksekutif Wilayah Tengah Sunway, Chong Sau Min berkata, bagi mencapai misi tersebut, Kumpulan bakal me­lancarkan empat projek pemba­ngunan baharu menjelang akhir tahun ini.

Ia terdiri daripada Artessa Sunway, Sunway d-hill, Sunway Velocity TWO Tower D dan Sunway Belfield Tower C yang memiliki nilai pembangunan kasar RM1.8 bilion.

“Seiring pelancaran tersebut, Kumpulan turut melancarkan kempen Always With You 2021 yang sedang berlangsung antara 15 Oktober hingga 31 Disember ini.

“Antara peluang yang boleh dimanfaatkan pembeli adalah inisiatif pembayaran tanpa faedah sehingga 12 bulan dengan penjimatan sehingga RM23,000,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai projek hartanah tersebut, Sau Min menerangkan, semua projek hartanah baharu itu dilengkapi dengan reka bentuk lestari yang menyokong kemudahan gaya hidup, bangunan berkualiti, peredaran udara yang dipertingkatkan serta manfaat penjimatan kos untuk tenaga dan air.

“Wujud minat baharu terhadap kediaman yang mengutama­kan kesejahteraan pelanggan sejak berlakunya pandemik.

“Sehubungan itu, setiap pemba­ngunan berada pada lokasi yang strategik dengan rekaan teliti, landskap subur serta ciri norma baharu seperti lobi berventilasi semula jadi, ruang kerja bersama serta ciri lain untuk kehidupan lestari.

“Kami juga menawarkan pemandangan kawasan luar de­ngan ruang kerja atau pembelajaran secara online.
“Setiap pembangunan turut dilengkapi dengan kemudahan luas untuk ruang untuk ber­senam dan bersantai,” jelasnya.

POPULAR