fbpx

Kampung di kaki Gunung Jerai dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kawasan di daerah Yan dilanda banjir selepas hujan lebat pada petang tadi.

YAN – Beberapa kawasan di daerah Yan dilanda banjir selepas hujan lebat berpanjangan sejak pukul 4.30 petang tadi.

Difahamkan, rumah di lebih 10 buah kampung terletak di sini terutama di kawasan kaki Gunung Jerai dan sepanjang Sungai Yan dinaiki air sehingga satu meter mulai pukul 6 petang.

Antara kampung terlibat ialah Kampung Seberang Pekan Yan, Kampung Acheh, Kampung Lubok Boi dan Kampung Telok Mat Acheh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, air mula memasuki rumah penduduk pada petang tadi selepas hujan lebat selama lebih dua jam.

“Sebaik menerima laporan, kita menggerakkan anggota untuk memantau keadaan dan melakukan usaha menyelamat.

“Banyak rumah penduduk terutamanya yang terletak berdekatan Sungai Yan dimasuki air sehingga mencecah satu meter,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan air pasang besar turut menyebabkan pertembungan air laut dan kejadian hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI