fbpx

‘Cerita sampah, Vida, Iqbal untung dapat ‘trafik’, kita dapat apa?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZWAN berharap isu melibatkan Vida dan Iqbal dihentikan kerana tidak memberi apa-apa manfaat kepada masyarakat.

PETALING JAYA – Penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Saleh berharap orang ramai yang terhibur dengan cerita ‘sampah’ usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli supaya berhenti mengambil tahu mengenai kisah peribadi mereka.

Menerusi ciapan yang ditulis dalam Twitter miliknya, Izwan menyifatkan kisah disensasikan mereka tidak mendatangkan sebarang manfaat, sebaliknya merosakkan fikiran masyarakat.

“Kepada yang mudah terhibur dengan cerita ‘sampah’ dua manusia itu (Vida dan Iqbal), ketahuilah mereka kahwin atau tidak, dia buat lagu dengan Caprice atau Floor 88, mereka tidak letak nasi dalam pinggan kita (membawa manfaat).

“Mereka juga tidak bayar hutang bank kita. Dia untung dapat trafik (liputan), kita dapat apa? Otak makin layu,” tulis bekas pembaca berita TV3 itu.

CIAPAN Izwan yang meluahkan pendapat tentang isu sensasi membabitkan Vida dan Iqbal.

Izwan juga menyeru agar pihak media berhenti mengangkat ‘drama’ membabitkan Vida dan Iqbal yang seakan-akan tidak berkesudahan.

“Saya minta sangat kepada media-media tertentu supaya hentikan drama Iqbal dan Vida ini. Drama begitu zaman kita menonton Opah atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu bolehlah. Ini dah tahun 2021. Takkan mentaliti kita tahap itu saja?

“Saya tahu ada faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada ini supaya cerita begini dijual dan dijaja. Duit mereka lebih penting atau bentuk pemikiran anak bangsa kita pada masa depan yang lebih penting?” ujarnya.

Sabtu lalu, Kosmo! melaporkan Iqbal terkejut selepas diterjah masuk usahawan berkenaan di kediamannya sekitar pukul 3 pagi.

Iqbal menerusi beberapa hantaran dalam InstaStory mendakwa, dia tidak menyangka Vida sanggup menerjah ke rumahnya semata-mata ingin menyerahkan sebentuk cincin kepadanya.

Terdahulu, pasangan itu merancang mendirikan rumah tangga pada Disember depan tetapi hubungan tiba-tiba dilanda badai disebabkan beberapa faktor, diawali tidak mendapat restu kedua-dua anak Vida.

Tidak setakat itu, Iqbal turut mendedahkan sudah tawar hati dan telah membatalkan tempahan hotel untuk hari bahagianya bersama Vida. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI