fbpx

Liverpool akui terus dahaga kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE (dua dari kiri) yakin Liverpool berada pada prestasi terbaik untuk melakar kemenangan ke atas Atletico pada aksi awal pagi esok. – AFP

LIVERPOOL – Penyerang Li­verpool, Sadio Mane melaungkan amaran pasukan itu mampu menjadi lebih baik menjelang aksi Kumpulan B Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid di Stadium Wanda Metropolitano awal pagi esok.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu kini berada dalam keadaan terbaik selepas membelasah Watford 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu yang turut menyaksikan Roberto Firmino meledak hatrik.

Justeru, Mane berharap gandingannya bersama Firmino dan Mohamed Salah mampu untuk meneruskan aksi berbisa biarpun sedar mereka tidak berdepan aksi mudah apabila bertandang ke gelanggang lawan itu.

“Kami tahu kemampuan yang dimiliki oleh semua pemain dalam pasukan ini. Kami tidak mudah mengaku kalah biarpun sedar perlawanan yang ditempuh itu merupakan satu aksi sukar.

“Semua pemain sentiasa beker­ja keras dalam setiap sesi latihan dan kami tunjukkan hasilnya ketika berdepan Watford. Ia sesuatu yang hebat dan saya harap kami boleh teruskan prestasi ini ketika bertemu Atletico,” katanya.

Sementara itu, Mane yang meledak gol ke-100 dalam saingan Liga Perdana berharap ia mampu menjadi suntikan semangat buatnya bagi menampilkan aksi lebih baik dalam perlawanan akan datang.

“Memang impian saya untuk menjaringkan seberapa banyak gol ketika melangkah masuk ke kancah bola sepak Inggeris. Saya harap gol-gol yang dijaringkan boleh membantu kami memenangi lebih banyak trofi,” ujar Mane. – AGENSI

 

LIGA JUARA-JUARA

JADUAL

Awal pagi esok

Besiktas lwn S. Lisbon
C. Brugge lwn Man. City
Ajax lwn Dortmund
Atletico lwn Liverpool
Porto lwn Milan
Inter lwn Sheriff
PSG lwn Leipzig
Shakhtar lwn Real

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI