fbpx

Hafiz Mahamad ‘belanja’ bas percuma balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafiz bergambar bersama beberapa buah bas yang sudah ditempahnya.

PETALING JAYA – Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad menawarkan bas percuma kepada mereka yang ingin balik kampung atau pulang ke kolej tetapi mempunyai kekangan kewangan.

Hafiz dalam satu hantaran di laman Facebooknya berkata, setiap individu yang memohon perkhidmatan bas percuma itu boleh memohon sehingga tiga tiket.

Katanya, buat masa ini dia sudah menempah tiga buah bas dan jika permintaan masih tinggi dia akan menyewa sehingga enam buah bas.

“Bantu saya sebarkan, kita bantu sahabat-sahabat. Sekarang saya hanya memerlukan “list name” sahabat yang nak, boleh WhatsApp ke talian 011-65685200.

“Satu orang boleh dapat tiga tiket, bas akan bergerak Jumaat ni (22 Oktober) pukul 8 malam dari Kuala Lumpur akan ke Selatan, Pantai Timur dan Utara,” katanya di sini hari ini.

Hafiz berkata, tempat berkumpul adalah di Shah Alam dan perkhidmatan bas itu juga akan berhenti di beberapa ‘check point’ dan lokasi lain yang akan dikemaskini melalui WhatsApp.

Jelasnya, selain tiket percuma, dia dan pasukannya juga akan menyediakan makanan percuma di dalam bas berserta kit ujian Covid-19.

“Harap bas ni semua penuh dan kalau boleh lebih lagi. WhatsApp cepat tau, takut ada sahabat yang terlepas nanti. Doakan rezeki saya dan sahabat kita semua,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI