fbpx

Warga emas meninggal dunia semasa memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa kereta mangsa yang pengsan semasa memandu sebelum disahkan meninggal dunia di Jalan Jeti - Jalan Besar, Bagan Serai.

BAGAN SERAI – Seorang warga emas meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur setelah pengsan sebelum kereta dipandunya terbabas berhampiran selekoh simpang tiga di Jalan Jeti – Jalan Besar di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari hari itu, mangsa, Mohd. Saini Achili, 66, dari Jalan Sempadan Sungai Setar, Parit Buntar memandu kereta jenis Proton Persona bersama isterinya menuju ke ibu kota.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, sebelum kejadian mangsa telah singgah mengisi petrol di sebuah stesen minyak berhadapan Balai Polis Trafik Kerian.

“Setelah selesai, mangsa meneruskan perjalanan untuk membuat pusingan U di lampu isyarat berhampiran Maybank Bagan Serai.

“Bagaimana pun, setibanya berhampiran selekoh di Jalan Jeti, mangsa pengsan menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ke tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mazuki Mat, isteri mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah bertindak menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

“Petugas kesihatan dari Klinik Alor Pongsu yang tiba di tempat kejadian kemudian melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mangsa mempunyai rekod beberapa penyakit termasuk sakit jantung dan mula mendapatkan pemeriksaan berkala di Hospital Parit Buntar dan Hospital Taiping sejak lapan tahun lalu,” ujarnya.

Hasil bedah siasat pula mendapati punca kematian adalah disebabkan serangan jantung dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI