fbpx

Niat lawat jiran tapi yang jumpa mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memotong jeriji besi bagi memasuki rumah yang didiami warga emas itu, hari ini. /FOTO IHSAN BOMBA

KLUANG – Tindakan prihatin seorang jiran menjenguk seorang warga emas yang tinggal bersendirian di rumahnya membawa perkhabaran duka apabila wanita itu ditemui meninggal dunia di Taman Okid, Simpang Renggam di sini hari ini.

Mayat mangsa, Wong Soon Thai, 67, ditemui kira-kira pukul 10.03 pagi dalam keadaan terbaring di hadapan pintu utama kediaman jenis rumah teres setingkat.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Abd. Rahim Razali berkata, kejadian itu disedari jirannya yang bertandang ke rumah menjenguk wanita itu tetapi tiada respon diterima sebelum menghubungi talian kecemasan.

Menurutnya, sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dikejarkan ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera FRT.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri.

“Bomba mengambil masa kira-kira tiga minit untuk memotong jeriji pintu pagar rumah yang didiami seorang warga emas,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abd. Rahim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi.

Jelasnya, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 10.52 pagi. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI